SERUM MENURUT PANDANGAN PAKAR

SERUM MENURUT PANDANGAN PAKAR

Seiring dengan kemajuan semasa, permintaan untuk produk penjagaan kulit yang dapat memberikan kesan kecantikan meningkat dengan cepat.  Mengenakan serum wajah sebagai rutin harian dilihat dapat memenuhi permintaan ini.

Serum wajah merupakan cecair yang melengkapkan rutin penjagaan kulit setiap hari. Ia menawarkan bahan aktif untuk memulih dan melembapkan kulit yang lebih efisyen daripada pembersih atau pelembap dalam satu titis.

Kini, terdapat banyak serum wajah diformulasikan mengikut kesan manfaat yang diinginkan. Namun, Ojha et al. menyatakan di dalam World Journal of Pharmaceutical Research terdapat beberapa asas yang menjadikan sesuatu serum itu bagus. Ia mestilah mampu menjadikan kulit lebih tegang, lembut, mengecilkan liang pori dan meningkatkan kelembapan kulit.

Serum ialah water-based dan kebanyakannya mempunyai bahan ramuan seperti asid hyaluronik dan ceramide untuk mengekalkan hidrasi kulit di samping mngurangkan garis halus. Selain itu, serum juga dipenuhi dengan komponen bahan aktif dan nutrien seperti antioksidan, asid amino dan lain-lain.  

Manfaat serum dapat dilihat daripada konsep keberkesanannya. Ia terdiri daripada molekul-molekul kecil dan mampu menembusi lebih jauh ke dalam kulit.  

Walaupun serum bercirikan cecair berkelikatan rendah, kepekatan bahan aktif di dalamnya adalah sangat tinggi. Oleh itu, biasanya perubahan kulit boleh dikesan sepantas empat minggu selepas penggunaannya.

Jadi, bila sepatutnya serum wajah digunakan? Menurut Philip Werschler dalam Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, tidak ada aturan yang rigid untuk menggunakan serum sebelum pelembap.

Cuma kelebihan losyen pelembap dan krim muka yang bertekstur lebih pekat ini mampu menjadi barrier pada  kulit; seterusnya mengekalkan kelembapan dan bahan aktif lain yang bermanfaat pada kulit. Oleh sebab itulah, walaupun telah menggunakan serum, anda masih juga perlu 'menutup' kulit untuk memaksimumkan manfaatnya.

Kekerapan penggunaan serum pula banyak bergantung kepada jenis serum itu sendiri. Ini kerana tidak semua serum menpunyai fungsi yang sama.

Kebiasaannya, penggunaan dua kali sehari pada wajah sudah memadai. Whitney Bowe dari SUNY Downstate Medical Center, New York menggalakkan penggunaan serum pada waktu berikut:

1. Pagi: Sapukan serum selepas mengunakan pembersih, dan sebelum pelembap serta sunscreen.

2. Malam: Sapukan serum selepas pembersihan, dan sebelum krim malam.

Walaupun kandungan serum yang pekat dan 'powerful' ini memberikan lebih manfaat, ia mungkin akan menyebabkan irritation pada kulit sensitif sekiranya digunakan terlalu banyak. Oleh itu, pengguna sentiasa dinasihatkan supaya mencuba dengan amount yang sedikit dahulu pada kulit.  

Selain itu, kelemahan serum ialah tarikh luputnya yang singkat. Hal ini kerana bahan-bahan aktif tertentu yang sering diformulasi di dalam serum mudah menjadi tidak stabil apabila terdedah pada udara.

Asid askorbik (vitamin C) adalah salah satu contohnya. Ia mudah teroksida dan hilang keberkesanannya secara perlahan-lahan.

Apa yang pengguna mampu lakukan di rumah adalah dengan menutup rapat botol serum setelah menggunakannya dan menyimpannya di tempat yang sejuk dan kering. Ini dapat mengoptimumkan jangka hayat serum di antara enam bulan sehingga setahun.

Sebagai pengguna, harga serum biasanya didapati lebih mahal berbanding produk lain dalam rangkaian penjagaan kulit yang sama. Sungguhpun begitu, jika dilihat pada manfaatnya, serum pasti lebih berharga apabila dianggap sebagai pelaburan demi kulit yang lebih sihat.