Cart 0

PROTEIN DAN KEPENTINGANNYA DALAM DIET

PROTEIN DAN KEPENTINGANNYA DALAM DIET

Tahukah Anda?

Protein adalah makronutrient yang sangat penting sebagai asas pembentukan otot. Kebanyakan sumber protein boleh didapati daripada haiwan seperti ayam dan daging dan juga dari sumber kekacang seperti kacang soya.

National Institute of Health mentakrifkan protein adalah terdiri daripada amino acids iaitu organic compounds yang terdiri dari gabungan carbon, hydrogen, nitrogen, oxygen dan sulfur.

Amino acids membentuk protein manakala protein pula membentuk otot pada tubuh badan manusia.
Protein terdiri daripada lebih kurang 15% daripada berat badan manusia. Setiap gram protein pula membekalkan tenaga sebanyak 4 kalori.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Academy of Nutrition and Dietetics, apabila protein di dalam tubuh badan manusia digunakan, ianya dapat membantu memberi tenaga kepada otot dan membantu proses metabolisma badan.

Kajian menunjukkan dengan consumption protein juga dapat memberi rasa kenyang kepada individu.

Pada tahun 2014, kajian yang dijalankan oleh Journal of Nutrition membandingkan rasa kenyang responden dengan pengambilan makanan high-protein yougurt, high-fat crackers dan high-fat coklat.

Responden yang makan high-protein yougurt menunjukkan simptom kenyang yang lebih lama dan mengurangkan "afternoon hunger" jika dibandingkan dengan responden yang makan high-fat crackers dan high-fat chocolate.

Responden yang makan high-protein yougurt juga makan kuantiti yang lebih sedikit semasa makan malam jika dibandingkan dengan wanita yang makan high-fat crackers dan high-fat chocolate.

The Instiute of Medicine mencadangkan 10 sehingga 35 peratus daily kalori diambil dari protein. Walaubagaimanapun, kuantiti protein yang diambil berbeza bergantung kepada umur, jantina dan juga aktiviti fizikal setiap individu.

Kebanyakan individu memerlukan 20g sehingga 30g protein sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 2.5 biji telur putih pada waktu sarapan dan 3 hingga 4 ounce daging pada waktu makan malam.

Disebabkan sumber protein mudah didapati, pakar kesihatan menyarankan pengambilan diet dari sumber semulajadi jika dibandingkan dengan supplement tambahan kepada kanak-kanak.

Diet yang tinggi protein seperti Atkins diet dan South Beach diet mencadangkan pegambilan protein sehingga 30g sehari.

Walaubagaimanapun, amalan diet ini tidak digalakkan kerana boleh menyumbang kepada kekurangan nutrisi, kurang fiber, sakit kepala, sembelit, meninggikan risiko sakit jantung dan mengganggu fungsi buah pinggang.



Older post Newer post