PROLINE - UNTUK KULIT LEBIH TEGANG

PROLINE - UNTUK KULIT LEBIH TEGANG

PROLINE UNTUK KULIT LEBIH TEGANG

Proline adalah salah satu non-essential amino acids. Ianya disintesis daripada L-glutamate. Proline ditemui pada tahun 1900 oleh Richard Willstatter yang menemui amino acids tersebut dengan mencampurkan sodium salt of diethyl malonate dengan 1,3-dibromopropane.

Proline banyak digunakan di dalam pharmaceuticals dan applikasi biotechnology kerana fungsinya sebagai osmeoprotectant atau stabilizer yang mana ianya boleh melindungi drug daripada degradation yang disebabkan oleh oxidative stress.

Antara makanan yang membantu penghasilan proline adalah daging merah, protein daripada ikan salmon, asparagus, cendawan dan juga kobis.

Antara benefit proline pula adalah:

 1. Membantu menyembuhkan luka dan merawat kulit.
 2. Menyokong kesihatan usus
 3. Membantu mengurangkan sakit sendi.
 4. Membantu menyokong sistem kardiovaskular.
 5. Menyumbang kepada metabolisma yang sihat dan melawan inflammation.

Proline banyak diformulasikan di dalam anti-aging skincare product kerana amino acids ini berupaya menambahbaik ketegangan kulit, meningkatkan penghasilan collagen dan menyokong skin repair dan regeneration.

Selepas digunakan secara topikal, proline dan amino acids yang lain senang meresap kedalam lapisan dalam kulit. Ini adalah kerana kebanyakan amino acids mempunyai molecular weight 110 Daltons.

Molecule yang mempunyai molecular weight 500 Daltons ke atas mempunyai keupayaan yang lebih sukar untuk meresap ke dalam lapisan kulit. Ini adalah berdasarkan peraturan "500 Daltons rule".

Salah satu sebab proline selalu digunakan dalam anti-aging product adalah kerana keupayaannya mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit yang disebabkan oleh stratum corneum kurang flexibility.

Kajian yang dijalankan oleh European Journal of Dermatology menunjukkan elasticity stratum corneum dikawal oleh kuantiti dan beberapa jenis amino acids.

Dalam kajian ini, seramai 126 wanita Jepun diberi topikal application 1-carbamimidoyl-L-proline iaitu derivative kepada proline. Hasilnya, penggunaan topikal mengurangkan crow's feet lines di bahagian kulit muka.

Proline juga boleh membantu penghasilan kolagen. Secara spesifiknya, proline adalah substrate yang diperlukan untuk collagen synthesis. Collagen mengandungi triple helix structure yang terdiri daripada proline, hydroxyproline dan glycine.

Kajian yang dijalankan oleh Pornsayapat et al. dengan menggunakan DERMOFIX, iaitu sejenis "proline complex" yang mengandungi collagen peptide menunjukkan penggunaan secara oral memberi kesan yang cepat dan sangat efektif sebagai anti-aging dan juga memberi kesan positif kepada organ yang mengandungi collagen.

Sehingga kini, tiada kajian yang menerangkan kesan sampingan akibat daripada penggunaan proline secara oral ataupun secara topikal. Proline  didapati selamat untuk diambil secara oral di dalam bentuk makanan.

#aminoacid