Cart 0

PINK KAOLIN: CLAY TERBAIK UNTUK KULIT KERING?

PINK KAOLIN: CLAY TERBAIK UNTUK KULIT KERING?

Apabila bercakap berkenaan cleanser, kita lebih gemar mencari produk yang membersih dengan sempurna serta lembut. Tapi, tahukah anda apa bahan ramuannya?

Walaupun ada pelbagai bahan yang boleh diformulasikan, antara yang efektif dan telah digunakan sejak berabad lamanya ialah clay (tanah liat).

Tanah liat yang dimaksudkan ialah tanah liat halus yang diberi nama kaolin clay dan ianya bukan tanah liat yang biasa.

Kaolin clay (tanah liat kaolin) adalah salah satu bahan semula jadi yang meningkatkan kecantikan kulit tetapi bebas dari toksin.

Bidang kosmetik dan penjagaan kulit telah menggunakan tanah liat kaolin sebagai agen detoksifikasi dan pembersih lembut yang sesuai untuk semua jenis kulit. Sebelum kita mendalami lebih banyak kegunaannya, jom kita kenali dahulu apakah itu kaolin clay.

Kaolin clay juga disebut sebagai tanah liat putih atau tanah liat China dan terdiri dari mineral utama yang dikenali sebagai kaolinite. Pada asalnya, ia digunakan untuk membuat pasu porcelain di China.

Mineral ini berwarna putih terang apabila wujud dalam keadaan yang paling tulen. Walaupun begitu, biasanya ia mempunyai beberapa rona warna bergantung kepada kandungan mineral di kawasan mana ianya ditemui.

Selain daripada merah, hitam dan hijau, kaolin clay yang berwarna pink sering digunakan dalam bidang penjagaan kulit.

Secara umumnya, kaolin clay dapat  mengekstrak kekotoran dan menyerap minyak berlebihan tanpa menyebabkan keradangan atau kemerahan. Ia juga berkesan mencegah jerawat dan membantu memulihkan kulit yang sering rosak akibat kerap timbulnya jerawat.

Dengan penggunaan jangka masa panjang, kulit akan kelihatan lebih elastik dan tegang. Ini kerana kaolin clay juga dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Kaolin clay yang berwarna pink mendapat warnanya ini kerana kandungan kuprum, selenium, manganese, magnesium and zinc. Warna pinknya yang lembut cantik seperti bunga ros ini, membuatkannya turut dikenali sebagai rose kaolin.

Pink kaolin cenderung mempunyai tahap pH yang paling dekat dengan kulit manusia. Ini bermaksud, ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering atau sensitif serta halus.

Apabila dijadikan sebagai masker wajah, pink kaolin membersihkan liang pori dengan pendekatan yang lebih lembut. Ia tidak menarik kekotoran seperti masker lain, tetapi membersihkan kulit secara mendalam di samping tidak menganggu sebum semula jadi kulit.

Seringkali masker dan rawatan pencegahan jerawat serta bintik-bintik hitam terlalu kasar untuk kulit. Sebum dihapuskan langsung dari kulit muka untuk mencapai perasaan 'licin bersih' yang sangat diidamkan.

Ini akan menyebabkan kulit bertindak untuk cuba mengimbangi kehilangan sebum dan hasilnya sebum berlebihan akan dihasilkan. Jadi, bintik-bintik hitam dan noda pada wajah boleh bertambah.

Namun dengan memilih pendekatan yang lebih lembut tetapi berkesan seperti pink kaolin, skin barrier semula jadi, tahap pH dan pengeluaran sebum kulit tidak terganggu. Tambahan lagi dengan kebolehan pink kaolin mengekalkan kelembapan pada stratum corneum. Ini menjadikan kulit akan berada pada keadaan yang paling sihat.
 
Pink kaolin sangat sesuai digunakan pada setiap jenis kulit. Diperkaya dengan mineral, ia dapat membantu memulihkan dan mengembalikan semula kesihatan kulit dengan mengunci kelembapan.

Teksturnya yang sedikit kesat dan berbiji dapat membantu mengeluarkan kotoran sambil membuang kulit mati dengan mudah. Akhirnya kulit anda akan kelihatan lebih bersinar.

Bagi yang mempunyai kulit jenis kering dan sensitif, pink kaolin dapat menghentikan irritation dan inflammation sambil menggalakkan penggantian sel yang sihat. Ini menjadikannya baik untuk merawat masalah dry flaky patches pada kulit kering dan seterusnya menghasilkan kulit yang kelihatan lebih cerah dan halus.

Kulit berminyak juga boleh mendapat manfaat daripada penggunaan pink kaolin. Walaupun pink kaolin menggunakan pendekatan lembut, ianya masih efektif untuk membersihkan kekotoran dan lebihan sebum pada kulit berminyak.

Pink koalin yang digunakan sebagai bahan dalam cleanser dapat mengurangkan dan menghalang pembentukan liang pori tersumbat, blackhead dan bintik-bintik hitam. Bukankah ini sangat diperlukan pada zaman sekarang yang mana udaranya disulami pelbagai pencemaran?

Lebih menarik, setakat ini tidak ada kemungkinan risiko masalah yang diketahui atau kesan sampingan penggunaan kaolin clay pada wajah. Walau bagaimanapun, penting juga untuk mengelakkannya dari terkena mata atau termakan tanah liat.

#cleanser



Older post Newer post