
Selamat berhujung minggu semua. Siapa suka makan tofu? Nak tahu x tofu bagus untuk kulit cantik.
Kenapa? Ini kerana tofu merupakan salah satu makanan yang kaya dengan khasiat asid amino glutamine.
Glutamine ada dua bentuk iaitu L-glutamine dan D-glutamine. Perbezaan antara kedua-dua bentuk ini adalah perbezaan susunan molekul. Walaubagaimanapun, L-glutamine yang banyak didapati didalam makanan dan juga supplements.
Secara umumnya, kedua-dua bentuk amino acids ini dikenali sebagai glutamine. Glutamine adalah essential amino acids. Amino acids ini mesti diambil daripada diet terutamanya semasa cedera atau sakit.
Antara makanan yang tinggi kandungan glutamine adalah jagung, beras putih, tofu, skim milk, daging dan telur. Apabila sesuatu makanan tinggi glutamine, kandungan proteinnya adalah rendah.
Selain banyak terdapat di dalam tisu otot, L-glutamine juga banyak terdapat dalam structural protein yang membentuk kulit, tulang dan organ dalaman.
Berikut merupakan fungsi glutamine:
1. Meningkatkan metabolisma badan.
2. Mengurangkan kesakitan selepas aktiviti bersenam.
3. Bertindak sebagai anti-inflammatory.
4. Membantu menyembuhkan leaky gut syndrome.
5. Meningkatkan fungsi otak.
6. Mengurangkan "sugar cravings"
7. Membantu menyeimbangkan level gula di dalam darah.
Glutamine sangat penting di dalam immune system manusia. Ini adalah kerana glutamine bertindak sebagai sumber nutrient kepada sel darah putih dan sel usus.
Kajian menunjukkan L-glutamine sangat penting untuk pertumbuhan sel fibroblast. Fibroblast membantu menghasilkan kolagen dan penting dalam proses penyembuhan luka.
Amount collagen yang boleh dihasilkan oleh badan menurun apabila umur meningkat. Pendedahan kulit kepada sinar UV menyumbang kepada collagen breakdown, kedutan dan kulit menjadi kendur.
Oleh itu, L-glutamine dapat membantu meningkatkan penghasilan sintesis kolagen pada kulit dan mengurangkan efek penuaan, mengembalikan tona natural kulit, mengurangkan pigment dan melembutkan tekstur kulit.
L-glutamine juga sangat penting dalam proses regenerating glutathione di dalam usus. Kajian oleh Y Cao et al. pada tahun 1998 mendapati apabila tikus diberi supplement yang tinggi glutamine, peningkatan glutamine di dalam usus meningkat hampir 50% dan glutathione dirembeskan hampir 3 kali ganda di dalam usus.
Risk assessment yang dikaji oleh Andrew Shao et al. pada tahun 2008 mendapati recommended daily intake (RDI) L-glutamine yang disyorkan pada individu yang sihat adalah sebanyak 14g atau lebih kurang 3 sudu. Walaubagaimanapun, bagi individu yang kekurangan L-glutamine boleh mengambil dosage yang lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, L-glutamine dikatakan seperti "internal fountain of youth". Ini adalah kerana fungsi L-glutamine dapat mengurangkan penyakit yang disebabkan oleh penuaan.
#asid amino