Apa Itu Melasma?

Apa Itu Melasma?

Melasma adalah keadaan kulit biasa yang menyebabkan tompok berwarna coklat atau kelabu-coklat pada wajah, terutamanya pada kawasan pipi, dahi, hidung dan bibir atas. Keadaan ini paling kerap berlaku pada wanita dan mereka yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap, tetapi sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Punca sebenar melasma tidak difahami, tetapi ia dipercayai berkaita rapat dengan beberapa faktor termasuklah pewarisan genetik, perubahan hormon, dan kesan terdedah kepada sinaran UV matahari. Malah perubahan hormon semasa mengandung atau penggunaan pil perancang juga didapati boleh menyebabkan melasma pada sesetengah wanita.
Melasma bukanlah keadaan yang berbahaya, tetapi ia boleh menjejaskan penampilan mereka yang mengalaminya. Ini kerana ia sukar disembunyikan walaupun dengan solekan. Ini tentu sahaja menjejaskan keyakinan diri seseorang. Pilihan rawatan yang ada pada masa kini termasuklah krim topikal, pengelupasan kimia dan terapi laser. Walaubagaimanapun, keadaan ini kadangkalai sukar dirawat dan mungkin berulang walaupun selepas rawatan itu berjaya.