AMINO ACIDS DAN FUNGSINYA KEPADA KULIT

AMINO ACIDS DAN FUNGSINYA KEPADA KULIT

Tahukah anda bahawa protein sangat penting untuk badan kita? Bahan binaan asas protein terdiri daripada amino acids. Dan ianya berkait rapat juga dengan tahap kesihatan dan kecantikan kulit.

Amino acids adalah salah satu component yang penting kepada semua benda hidup. Terdapat 20 jenis amino acids yang membentuk protein pada benda hidup.

Amino acids membentuk kira-kira 50% daripada solid body mass, iaitu component kedua selepas air. Dianggarkan seorang manusia yang mempunyai berat 50kg mempunyai lebih kurang 10kg amino acids.

Amino acids adalah natural moisturizing factors (NMF) untuk kulit. Apabila sel di bahagian epidermis mati dan menjadi stratum corneum, protein di dalam sel mati ini akan terurai kepada amino acids dan akan dibekalkan kepada stratum corneum.

Jadual di bawah menerangkan kepentingan amino acids kepada kulit dan rambut yang sihat.

Kajian oleh H. W. Spier et al mendapati lebih kurang separuh dari NMF adalah terdiri dari amino acids.

Amino acids yang diambil melalui diet dan juga secara topikal boleh membantu menguatkan imun sistem, menghidratkan kulit dan meremajakan kulit. Selain itu, amino acids melindungi kulit dari free radicals dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Kebanyakan produk penjagaan diri menggunakan amino acids kerana amino acids bersifat hypoallergenic and gentle kepada kulit. Selain itu, penggunaan amino acid based-skincare juga akan membantu menyeimbangkan pH semulajadi kulit.

#aminoacid
#protein