
Orang berkulit kering lebih mudah unyuk mengalami iritasi dan keadaan kulit sensitif ketika mencuba produk baru. Sebab itulah amat penting bagi orang berkulit kering untuk memilih produk yang benar-benar sesuai dengan keadaann kulit mereka. Jom kita kenali 5 Ciri-Ciri Pembersih Muka Yang Bagus Untuk Orang Berkulit Kering:
1) BEBAS SLS
Bahan SLS atau sodium lauryl sulphate adalah sejenis bahan surfactant yang bagus untuk membuang kotorang minyak. Namun disebabkan orang berkulit kering mengalami minyak yang kurang pada kulit wajah, maka SLS boleh menjadikan kulit mereka bertambah kering. Sebab itu ia perlu dijauhi oleh orang berkulit kering!
2) TIDAK BERBUIH BANYAK
Buih yang banyak menandakan cleanser anda mengandungi bahan surfactant yang mampu menyingkir minyak dengan banyak seperti SLS juga. Maka jenis cleanser yang lebih baik bagi orang berkulit kering adalah yang tidak mengeluarkan buih dengan banyak.
Orang kata muka kurang bersih jika cleanser tidak berbuih sangat? Hmmm.. itu mitos je tau. Buih yang banyak pada cleanser bukan penanda aras bahawa ia mampu membersihkan kulit dengan sempurna.
3) ‘CREAMY’
Cleanser yang bagus untuk orang berkulit kering biasanya diformulasi dalam bentuk sedikit creamy atau berkrim, dengan warna milky.
Kenapa?
Kerana ini menunjukkan bahawa di dalam cleanser terdapat gabungan air dan bahan berminyak ataupun butter seperti minyak tumbuhan atau shea butter. Bahan-bahan berminyak ini sebernarnya membantu membersihkan kulit dengan lebih berkesan berbanding SLS, malah ia juga tidak mengeringkan kulit.
4) TIDAK MEMPUNYAI BAU WANGI YANG TERLALU KUAT
Orang berkulit kering kebiasaannya juga mempunyai keadaan kulit yang sedikit sensitif terhadap bahan aktif dan fragrance (wangian dalam produk).
Jika cleanser mengandungi bahan fragrance yang terlalu banyak, ia boleh menyebabkan iritasi kepada kulit yang kering.
5) MENGANDUNGI BAHAN SEMULAJADI
Kulit yang kering memerlukan belaian lembut dari bahan-bahan terbaik. Dan Dr Anne percaya tiada yang lebih baik untuk kulit melainkan bila digabungkan dengan khasiat alam semulajadi. Jika cleanser anda hanya mengandungi bahan-bahan kimia semata-mata, anda mungkin nak bertukar kepada Clarifying Clay Cleanser yang terbukti antara yang terbaik untuk orang berkulit kering! 😍